PERKONGSIAN
ILMU.
Menawar,
menawari dan menawarkan
1. menawar bermaksud meminta
supaya dikurangkan atau diturunkan harga sesuatu.
Ayat
contoh:
Kalau pandai menawar, kita akan memperoleh
harga yang lebih murah.
2. menawari
pula bermaksud memberikan sesuatu
(pekerjaan dsb) kepada seseorang.
Ayat
Contoh:
Syarikat itu menawari beliau jawatan
sebagai
pengurus.
3. menawarkan bermaksud menunjukkan
sesuatu supaya
dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu
•
supaya diterima, dipakai dsb:
a. Penjaja itu menawarkan barang-barang jualannya.
b.Kerajaan menawarkan biasiswa kepada pelajar yang
cemerlang.
c. Syarikat itu menawarkan jawatan sebagai pengurus
kepada beliau.