Tuesday, 11 December 2012




PERKONGSIAN ILMU.


Menawar, menawari dan menawarkan

1.    menawar bermaksud meminta supaya dikurangkan    atau diturunkan harga sesuatu.

Ayat contoh:

            Kalau pandai menawar, kita akan memperoleh 
            harga yang lebih murah.

        2.   menawari pula bermaksud memberikan sesuatu 
        (pekerjaan dsb) kepada seseorang.

Ayat Contoh:

            Syarikat itu menawari beliau jawatan sebagai 
            pengurus.

         3.   menawarkan bermaksud menunjukkan sesuatu supaya 
         dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu

          supaya diterima, dipakai dsb:

    a. Penjaja itu menawarkan barang-barang jualannya.

    b.Kerajaan menawarkan biasiswa kepada pelajar yang
       cemerlang.

    c. Syarikat itu menawarkan jawatan sebagai pengurus 
        kepada beliau. 

1 comment:

  1. Ya, perkongsian ilmu sebegini penting walaupun hanya sedikit untuk menajamkan minda guru yang semakin tumpul dari hari ke sehari...

    ReplyDelete