FRASA SENDI NAMA
Frasa
sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa
nama. Frasa sendi nama juga boleh diertikan sebagai binaan dalam ayat yang
mengandungi sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama
itu. Oleh itu, sendi nama hanya hadir di hadapan frasa nama.
Binaan
frasa sendi ‘di’: Frasa sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. “Di” ditulis terpisah daripada
kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh : Kata Sendi + Frasa
Nama
di sekolah,
Kuantan, atas meja, sebelah timur
Contoh
ayat:
1.Ayah
terpaksa menyewa rumah diKuantan
kerana urusan kerja yang diuruskan mengambil masa yang panjang. (salah)
2.Ayah
terpaksa menyewa rumah di Kuantan
kerana urusan kerja yang diuruskan mengambil masa yang panjang. (betul)
Menurut
Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi
kepada dua iaitu :
a)Kesalahan
penggunaan kata sendi
b)Pengabaian
penggunaan kata sendi.
Kata
sendi yang seringkali salah digunakan ialah “di” dan “pada”, “dari” dan
“daripada’ serta “ke” dan “kepada”. Frasa sendi “di” tidak boleh ditulis di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
Contoh
: Kata Sendi + Frasa Nama (Waktu, Masa, Zaman)
di pagi ini,
ketika itu, hari raya, waktu senja
Contoh
ayat :
Salah:
Di hari raya
yang lalu, ibu memasak ketupat, rendang dan kuih untuk dijamu kepada tetamu.
Ibu
saya tidak bekerja di Hari Kebangsaan.
Frasa
nama yang menerangkan waktu, masa, zaman perlu menggunakan frasa sendi “pada”.
Contoh
ayat:
Betul:
Pada hari raya
yang lalu, ibu memasak ketupat, rendang dan kuih untuk dijamu kepada tetamu.
Ibu
saya tidak bekerja pada Hari Kebangsaan.
Binaan frasa sendi
“dari” :
Contoh
ayat :
Salah :
Rushdi
telah berpindah daripada sekolah ini
bulan lalu.
Daripada saat
ini, saya akan sentiasa hadir ke sekolah.
Betul
:
Rushdi
telah berpindah dari sekolah ini
bulan lalu.
Dari saat
ini, saya akan sentiasa hadir ke sekolah.