KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan
jumlah sesuatu. Kata bilangan digunakan di hadapan frasa nama.
Terdapat beberapa jenis kata bilangan seperti berikut:
1. Kata bilangan tentu : dua, dua puluh, satu juta.
2. Kata bilangan tak tentu : segala,
semua, para, seluruh, sedikit, seberapa.
3. Kata bilangan pisahan : setiap,
tiap-tiap, masing-masing.
4. Kata bilangan pecahan : suku, separuh,
sepertiga.
5. Kata bilangan himpunan :
beratus-ratus, berhari-hari, berguni-guni.
6. Kata bilangan tingkat (ordinal) :
pertama, ketiga, kesepuluh.
Contoh-contoh
kesalahan yang sering berlaku:
Pusat Sumber Sekolah
Sungai Gau telah menjalankan berbagai aktiviti
sepanjang tahun ini.
Harga setiap biji kelapa adalah sama.
Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Beribu orang membanjiri
Padang Pahlawan sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
Sepatutnya :
Pusat Sumber Sekolah
Sungai Gau telah menjalankan berbagai-bagai
aktiviti sepanjang tahun ini.
Pusat Sumber Sekolah
Sungai Gau telah menjalankan pelbagai
aktiviti sepanjang tahun ini.
-Berbagai bukan kata
bilangan tetapi bermaksud tiada bandingan. Penggunaan yang betul ialah
berbagai-bagai atau pelbagai.
Harga setiap kelapa adalah sama.
-Kata bilangan
pisahan “setiap” tidak perlu diikuti
dengan penjodoh bilangan.
Para hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
-Kata bilangan yang
menunjukkan maksud jamak seperti para dan sekalian tidak boleh digunakan
serentak.
Penerangan yang baik. Jika ditulis nombor bagi setiap soalan lagi baik. Penerangan lebih jelas jika ayat yang salah dan yang betul ditulis berhampiran
ReplyDelete